SOALAN LAZIM
|
Bagaimana nak menghubungi penyampai THR GEGAR? |
|
Kalau anda boleh baca jawapan ini anda semestinya ada akses ke
Internet, jadi e-mel sahaja isi hati anda ke penyampai kesayangan
anda itu. E-mel setiap penyampai boleh didapati dalam ruangan
individu mereka. Cuma lawati ruangan Penyampai dan klik pada gambar
penyampai pilihan anda. |
|
Bagaimana mahu menghubungi bahagian promosi berkenaan peraduan
dan hadiah? |
|
Sila
kemukakan segala pertanyaan mengenai peraduan di radio atau mengenai
hadiah kepada Pembantu Promosi di talian 03-95438888 samb. 7274/7370
atau e-mel terus ke webmaster@thr.fm Untuk mendapat keterangan paling jelas dan cepat, pastikan anda tahu apakah nama peraduan yang anda sertai, tarikh juga hadiahnya. |
|
Kenapa Infocuaca tidak tepat? |
|
Tiada makhluk Allah di alam semesta ini yang boleh tahu apa yang
akan berlaku di masa akan datang. Perkara yang sama juga berlaku
keatas Infocuaca yang DIRAMALKAN" oleh Jabatan Kajicuaca Malaysia.
Ramalan dibuat mengikut pelbagai faktor antaranya pergerakan angin,
suhu, tekanan udara dan lain-lain. Hujan di Malaysia ada pelbagai
jenis antaranya kelompok, sekejap-sekejap dan lain-lain. Ungkapan
paling mudah adalah KAMI HANYA MERAMAL DAN TUHAN YANG MENENTUKAN. |
|
Apakah nombor faksimili Pejabat THR GEGAR ? |
|
Nombor faksimili Pejabat THR GEGAR adalah 03-95439911 |
|
Apakah nombor untuk menghubungi studio THR GEGAR FM? |
|
Nombor telefon di studio THR GEGAR ialah 03 -95439969 |
|
Apakah alamat radio THR GEGAR? |
|
THR GEGAR , Pusat Penyiaran Asia, Taman Teknologi Malaysia, Bukit
Jalil 57000 Kuala Lumpur, Malaysia. |
|
Bagaimana untuk mendengar THR GEGAR melalui Internet? |
|
Anda boleh mendengar THR GEGAR melalui DVR Player yang terdapat
di dalam laman web THR GEGAR. Lawati Laman Web THR GEGAR dan klik
kepada ikon yang menunjukkan DVR Player. Tapi kena daftar dahulu!
Kena dapatkan log masuk dan kata laluan. |
|
Saya ingin tahu bagaimana mendapatkan barangan/Perkhidmatan yang
diiklankan di THR GEGAR? |
|
Sila hubungi Airtime Management and Programming 03-9543 8888 dan
minta sambungan bahagian Jualan atau SALES |
|
Bagaimana hendak mengiklankan sesuatu barangan? |
|
Sila hubungi Airtime Management and Programming 03 9543 8888 dan
minta sambungan bahagian Jualan atau SALES atau Client Servicing |
|
Bagaimana ingin menjadi penyampai THR GEGAR? |
|
Selalunya jika ada kekosongan kami akan mengiklankannya melalui
hotspotz.com.my atau ada kalanya diumumkan di dalam laman THR GEGAR
sendiri. |
|
Bolehkah saya menghubungkan laman web saya dari laman web THR
GEGAR? |
|
Buat masa ini, kami tidak mempunyai segmen interaktif dalam laman
web THR GEGAR Insya Allah, akan kami bangunkan segmen Interkatif dan
bolehlah anda menghantar 'url' yang berbentuk hiburan untuk
disiarkan kelak. |
|
Bolehkah saya melawat studio THR GEGAR? Adakah anda menyediakan
jadual lawatan ke Studio? |
|
Pucuk dicita ulam mendatang, tapi kenalah buat temujanji dahulu.
Selalunya satu bulan sebelum tarikh lawatan. Lawatan hanya akan
dibenarkan pada hari sabtu disebelah pagi dan mengikut kekosongan.
Bukti permohonan bukanlah bukti penerimaan. Sila susuli dengan
pertanyaan menerusi telefon. Sila hantar permohonan lawatan ke
LAWATAN KE AMP (THR GEGAR), Unit Publisiti THR GEGAR, Airtime
Management and Programming, Pusat Penyiaran Asia, Taman Teknologi
Malaysia, Bukit Jalil 57000 Kuala Lumpur, Malaysia. TEL: 03-9543
8888 |


