Gegar Blog
Budak Setan mengingatkan aku pada Norzi
Dihantar Oleh NAZZ
Tempoh hari aku melihat di Astro ada drama Lagenda Budak Setan yang diadaptasi dari novel tulisan Ahadiat Akashah. Lalu mengingatkan aku pada seorang kawan bernama Norzi. Norzi Ayu binti Mad Noh.
Kehidupan Norzi berakhir dengan satu tragedi. Norzi mati di bunuh. Beberapa tahun yang lalu.
Seingat-ingat aku, kami di darjah lima atau enam ketika itu. Dia bercerita tentang sebuah buku yang baru dia beli. Aku masih ingat cara bercerita Norzi tentang buku itu terlalu bersemangat umpama buku itu adalah sebuah mahakarya. Secara terus terang pada ketika itu aku kurang faham sebenarnya apa yang dicerita Norzi. Dia umpama membebel tentang buku itu, bercerita tentang watak-watak di dalamnya dan menyebut beberapa kali nama penulis buku itu yang aku rasakan pelik pada ketika itu. Norzi mahu aku membacanya dan seperti biasa aku tidak menolak. Jarang aku menolak buku yang ingin dipinjam kepada aku. Lebih-lebih lagi kalau ada yang berkeras untuk aku membacanya.
Dan buku itu adalah buku tulisan Ahadiat Akashah. Budak Setan.
Aku kira itulah satu-satunya buku tulisan Ahadiat Akashah yang aku baca. Tidak pernah aku membaca yang lain. Mungkin sahaja aku bukan peminat buku-buku yang bertulisan sebegitu. Itupun kerana dipinjam Norzi.
Aku dan Norzi adalah kawan baik di sekolah rendah. Norzi budak yang pandai. Dengar-dengar masa dia dibunuh dia sedang belajar di peringkat Master, ada yang kata dia dah habis Master pada ketika itu. Aku kurang pasti. Paling tidak tingginya belajar Norzi itu menjustifikasikan kata-kata aku yang dia budak yang pandai. Memang dia pandai di sekolah. Kami sama-sama pandai di sekolah.
Selepas sekolah rendah, hanya sekali aku bertemu Norzi. Terserempak ketika kami turun bas di perhentian yang sama. Berbicara beberapa minit, bertanya khabar dan perihal sekolah menengah. Hanya beberapa minit. Aku malu-malu ketika itu. Entah kenapa. Aku masih ingat akan senyumannya dan suara lembutnya ketika itu, Selepas pertemuan itu, aku tidak pernah bertemu Norzi lagi. Tidak pernah. Sampailah Norzi mati.
Berita kematian Norzi aku terima dari kiriman sms melalui seorang kawan dan keesokan harinya tragedi itu terpapar di dada akhbar. Aku tidak pernah terfikir kehidupan Norzi akan berakhir sebegitu. Mungkin sahaja tiada siapa yang mengenal Norzi akan terfikir yang hidupnya akan berakhir sebegitu. Tetapi itulah suratannya. Aku tidak mengatakan yang kematian Norzi itu adalah kematian yang tidak baik. Sesekali tidak. Umar mati dibunuh, Zakaria a.s mati dibunuh dan ramai lagi ahli-ahli syurga yang mati dibunuh. Bukan soal matinya baik ataupun tidak, Cuma Norzi mati dibunuh.
Norzi itu orang yang penuh kasih sayang. Seorang yang aku kira cantik ketika di sekolah rendah dan sebahagian besar kenangan zaman sekolah rendah aku akan pasti melibatkan Norzi dan Lagenda Budak Setan itu telah mengingatkan aku pada Norzi… Norzi Ayu binti Mad Noh……
Nazrin Nordin , 4.10 am, 16 Ramadhan 1431.
Macam nak mati
Dihantar Oleh NAZZ
Badan aku rasa macam tak berapa sedap. Dah dua hari. Nak demam tak demam. Menggigil juga kadang-kadang.Belumlah lagi ke klinik. Petang nanti agaknya. Risau juga sebenarnya dengan wabak denggi sekarang ini.
Ada juga terfikir dan membuatkan aku bertambah menggigil kalau demam ini menjadi asbab untuk aku mati. Dalam kerisauan itu dapat juga aku buat kesimpulan yang kalau itu yang Allah sudah putus aku boleh buat apa? Bukankah semua orang juga akan mati?
Kesian mak aku ….kerana fikir aku tiada yang lebih menyedihkan bagi seorang ibu melainkan melihat anaknya pergi dulu sebelum dia… Sudahlah aku anak kesayangan mak….
Itu belum bicara nak tinggalkan Ali lagi, Gibran lagi, dia lagi.... dengan Iman yang masih lemah lagi....
Atau aku ada penyakit umat akhir zaman yang cinta dunia dan takut mati...?
Aku pandang ke langit dan aku menyeru ......
Cepat datang kau wahai Ramadhan kerana aku rasa macam nak mati.... Nazrin Nordin July 28...
Pesan untuk anak buah.
Dihantar Oleh NAZZ
Medium : FB
Congratulation kerana dah register and become university student..
Cuma Uculin nak pesan beberapa perkara....
Maksud ke Uitm adalah untuk belajar .. so make sure maksud itu tercapai... Belajar kat peringkat university ni kene kerja keras.. tak boleh untuk tidak bekerja keras.. so u better put you effort towads your study...... Kalau ada pelajaran yang kurang faham boleh tanya lecturer atau cari rujukan di library... Membaca kena banyak.. make sure u do that.....
Di university ni.. kau akan kenal dengan ramai kawan baru yang datang kat universiti tu dengan pelbagai tujuan.... ada yang nak belajar, ada yang kena paksa dengan mak bapak.. , ada yang datang nak main saja , ada yang nak cari boyfriend dan macam-macam... lagi.. make sure kau berkawan dengan orang yang betul... kerana ada macam-macam orang dan perangai dalam tu.... Dengan siapa kita kawan adalah sangat penting... ramai yang melingkup di University kerana berkawan dengan orang silap.... dan pastikan kau tak stuck dengan orang-orang yang silap... put that in your head...
Lagi satu kau kena berhati-hati kawan dengan lelaki.... sekali lagi Uculin cakap.. berhati-hati berkawan dengan lelaki.....dan jangan sampai Uculin dengar benda yang bukan-bukan nanti.....
Like I said before your first semester GPA is very important.. ..remember that...
If you got any problem u let me know ok.... and congratulation again, enjoy your campus life and please do make your father proud....
-Uculin.
Nazrin Nordin, June 27 2010
Dilihat:







